By Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/110999
kemaskini 4.37pm Aktivis Katholik, yang masih tidak berpuas hati atas ketiadaan tindakan terhadap Al Islam, hari ini membuat desakan agar polis menyegerakannya berhubung dakwaan menghina agama itu.Sudhagaran Stanley dan rakannya Joachim Francis Xavier menghantar sendiri surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi ini. Kedua-duanya, yang berasal dari Pulau Pinang, ditemani oleh seorang peguam Annou Xavier. Bercakap kepada media selepas itu, Annou berkata, surat anak guamnya itu turut mempersoalkan kelambatan tindakan terhadap wartawan majalah itu, Muhd Ridwan Abdul Jalil.Annou berkata, Sudhagaran dan Joachim pernah menghantar surat yang sama kepada IPD berkenaan pada ada 5 Ogos lalu tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang balasan.Dalam kenyataan bersama Sudhagaran dan Joachim yang diedarkan kepada media, mereka menyarankan wartawan dan majalah itu didakwa bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan “mencemarkan tempat sembahyang dengan niat dengan mengaibkan agama mana-mana golongan”.“Kami hairan kenapa siasatannya mengambil masa yang begitu lama. Dan bila ia dianggap selesai, kenapa tiada tindakan dikenakan kepada wartawan dan majalah itu. “Tambahan, indakan boleh juga diambil bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan terhadap penerbit Al-Islam, Utusan Karya Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Utusan,” kata mereka.Ditanya sama ada anak guamnya memberikan sebarang tarikh akhir kepada polis supaya menjawab surat itu, Annou berkata: “Tiada, kita tidak mahu ganggu tugas polis.”Walaupun laporan polis Sudhagaran dan Joachim itu dibuat IPD Timur Laut di Pulau Pinang, kes tersebut disiasat pegawai IPD Dang Wangi kerana Al-Islam beroperasi di Kuala Lumpur.Kedua-dua aktivis dari Pusat Keuskupan Katholik Pulau Pinang itu juga belum memutuskan masa untuk menghantar memorandum membantah kelewatan itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti dirancang sebelumnya.
started blogging in 2003, so…
6 years ago
No comments:
Post a Comment